Ahli Dewan Negeri Kuala Kubu Bharu Lee Kee Hiong melawat kawasan dinaiki air di Kampung Jawa Kerling pada 18 Jun 2022. Pasukan sukarelawan menjalankan kerja pembersihan supaya kejadian sama tidak berulang. Foto Facebook Lee Kee Hiong
ADNBERITA UTAMASELANGOR

Mantan ADN utamakan kebajikan, prasarana DUN Kuala Kubu Baharu

SHAH ALAM, 22 APRIL: Tiga penggal berkhidmat sebagai wakil rakyat, pelbagai projek prasarana dilaksana mendiang Lee Kee Hiong di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu sejak 2013.

Sikap bekas pemimpin berusia 58 tahun yang ramah dan sering mengutamakan kemudahan penduduk menyebabkan mendiang amat disenangi semua pihak tanpa mengira latar belakang.

Selangorkini menyenaraikan beberapa projek utama infrastruktur dan kemudahan awam yang sempat dilakukan mendiang sebelum meninggal dunia pada 21 Mac lalu.

  1. Projek pelebaran Jambatan Sungai Batang Kali (kos RM24 juta, siap September 2023)
  2. Penggantian Jambatan Sungai Kerling (kos RM6.4 juta, siap 2019)
  3. Pembinaan Jambatan Sungai Kumbang (kos RM5 juta, siap November 2018)
  4. Projek Jambatan Sungai Chiling (kos RM4.7 juta, siap Ogos 2018)
  5. Projek penggantian jambatan di Sungai Selangor (kos RM10.5 juta, siap Januari 2018)
  6. Pembinaan Masjid Kampung Melayu, Rasa, Hulu Selangor (kos RM13 juta, siap Mac 2023)
  7. Pembinaan wakaf baharu di Tanah Perkuburan India Kerling (Projek Selangor Penyayang, siap Jun 2023)
  8. Penggantian bumbung dan penurapan semula jalan di dataran Balairaya Kuarters Kakitangan, Jalan Hospital  (Projek Selangor Penyayang, siap Jun 2023)
  9. Pelebaran jambatan besi di Kampung Paya Dalam (Projek Selangor Penyayang, siap Jun 2023)
  10. Naik taraf dewan dan bilik persalinan kolam air panas (Projek Selangor Penyayang, siap Jun 2023)
  11. Penggantian bumbung Balairaya Kampung Asam Kumbang dan Dewan Kwang Yung Kwang Sai Association (Projek Selangor Penyayang, siap Jun 2023)
  12. Naik taraf Pasar Awam Kuala Kubu Bharu (kos 1.5 juta, siap 2023)
  13. Projek pembinaan Kompleks Pertanian di Kalumpang, Hulu Selangor (kos RM2 juta, siap 2022)
  14. Pembinaan Pejabat Vaterinar Kuala Kubu Bharu (kos RM1.5 juta, siap 2021)
  15. Naik taraf Perpustakaan Awam Kuala Kubu Bharu (kos RM3.2 juta, siap 2022)
  16. Pembinaan Kuarters Integrasi Klinik Kesihatan Felda Soeharto, Hulu Bernam (kos RM7 juta, siap 2023)

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh penamaan calon dan pengundian awal pilihan raya kecil di DUN berkenaan masing-masing pada 27 April (Sabtu) dan 7 Mei (Selasa).

Kerusi DUN Kuala Kubu Baharu kosong berikutan kematian penyandangnya Lee Kee Hiong pada 21 Mac selepas bergelut melawan barah beberapa tahun lalu.

PRK Kuala Kubu Bharu ialah PRK ketujuh diadakan selepas pilihan raya umum ke-15. Seramai 40,226 pengundi berdaftar di DUN tersebut termasuk polis dan tentera.


Pengarang :