Orang ramai berbelanja pada Jualan Ehsan Rahmah (JER) di pasar raya Segi Fresh Teluk Panglima Garang pada 30 September 2023. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI
AGENSISELANGOR

Jualan murah barangan asas di Segi Fresh cawangan Sabak Bernam esok

SHAH ALAM, 17 APRIL: Warga Selangor berpeluang mendapatkan barangan keperluan asas harga murah menerusi Jualan Ehsan Rahmah (JER) di pasar raya Segi Fresh cawangan Sabak Bernam pada Ahad esok.

Program dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) dan KPDN Selangor itu bertujuan meluaskan capaian program jualan murah kepada rakyat.

“Segi Fresh ingin mengucapkan terima kasih kepada PKPS dan KPDN Selangor kerana membolehkan kami menawarkan harga istimewa kepada semua penduduk Selangor.

“Jangan lepaskan peluang ini untuk mendapatkan produk berkualiti dengan harga istimewa yang kami tawarkan. Mari bersama-sama berkongsi kebahagiaan dalam setiap pembelian anda di Segi Fresh!,” maklumnya di Facebook.

Pada Julai tahun lalu, PKPS menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bersama Segi Fresh bertujuan memperluas capaian jualan murah anjuran Kerajaan Negeri mulai 1 Ogos.

JER menawarkan ayam standard RM10 seekor, daging pejal segar (RM10 per pek), telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6 setiap pek), minyak masak lima kg (RM25) dan beras lima kg (RM13).

Selain bekerjasama dengan Segi Fresh, PKPS turut menganjurkan jualan murah di lokasi terpilih seluruh negeri hampir setiap hari.

Lokasi terkini JER seluruh negeri boleh disemak di Facebook PKPS atau mengimbas kod QR di poster jualan atau pautan linktr.ee/myPKPS.


Pengarang :