Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah berkenan bergambar bersama pasukan Selangor FC dan pengunjung sekitar Down Town Jalan Reko pada Program Eksplorasi Gagasan Rumpun Selangor Peringkat Daerah Hulu Langat 2024 di Jalan Reko, Kajang pada 24 April 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

Raja Muda, pemain Selangor FC temu peminat di Downtown Jalan Reko

KAJANG, 25 APRIL: Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor berkenan bersama pemain Selangor FC mengunjungi Downtown Jalan Reko, dekat sini malam tadi.

Antara barisan pemain Gergasi Merah yang menyertai Tengku Amir Shah ialah Faisal Halim, Khairulazhan Khalid, Aliff Haiqal Lokman Hakim Lau dan Sharul Nazeem Zulfakar selain jurulatih Nizam Jamil.

Baginda yang juga pengerusi Selangor FC dan pemain kemudian beramah mesra bersama peminat pelbagai peringkat umur serta bangsa.

Pengurusan pasukan negeri turut membuka rerurai menjual barangan cenderamata antaranya jersi pasukan.

Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah berkenan bersama pasukan Selangor FC bertemu pengujung Down Town Jalan Reko pada Program Eksplorasi Gagasan Rumpun Selangor Peringkat Daerah Hulu Langat 2024 di Jalan Reko, Kajang pada 24 April 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

Sehingga Jumaat, Tengku Amir Shah akan berangkat melawat beberapa kawasan antaranya Masjid Al-Ubudiah, Kampung Tasek Tambahan, Ampang dan Laman Medan Selera Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ).

Gagasan Rumpun Selangor yang membuka tirai di Hulu Selangor pada Februari diperkenal bagi memperkukuh semangat perpaduan nasional dan sistem masyarakat di negeri ini.

Pelaksanaannya meliputi enam agenda utama iaitu karnival dan eksplorasi, dasar, lagu perpaduan serta penstrukturan dan pemerkasaan institusi kepimpinan kampung.

Sebelum ini, Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari ketika membentang Belanjawan Selangor 2024 memperuntukan RM4.5 juta bagi menjayakan Gagasan Rumpun Selangor di sembilan daerah.

Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah berkenan beramah mesra bersama pengunjung Down Town Jalan Reko pada Program Eksplorasi Gagasan Rumpun Selangor Peringkat Daerah Hulu Langat 2024 di Jalan Reko, Kajang pada 24 April 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah berkenan menyantuni peniaga Down Town Jalan Reko pada Program Eksplorasi Gagasan Rumpun Selangor Peringkat Daerah Hulu Langat 2024 di Jalan Reko, Kajang pada 24 April 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah berkenan berkenan bertemu masyarakat sekitar Kajang pada Program Eksplorasi Gagasan Rumpun Selangor Peringkat Daerah Hulu Langat 2024 di Kajang pada 24 April 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah berkenan melihat persembahan di Kajang Dulu-Dulu pada Program Eksplorasi Gagasan Rumpun Selangor Peringkat Daerah Hulu Langat 2024 di Kajang pada 24 April 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah berkenan melihat pameran lukisan di Kajang Dulu-Dulu pada Program Eksplorasi Gagasan Rumpun Selangor Peringkat Daerah Hulu Langat 2024 di Kajang pada 24 April 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah berkenan melihat lukisan mural di Kajang Dulu-Dulu pada Program Eksplorasi Gagasan Rumpun Selangor Peringkat Daerah Hulu Langat 2024 di Kajang pada 24 April 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

Pengarang :