Selangorkini
Orang ramai menyertai sambutan Ponggal peringkat Selangor di Kuil Sri Subramaniam, Kajang pada 19 Januari 2020. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENSI SELANGOR

Rakyat Malaysia berhak sambut perayaan semua kaum

KAJANG, 20 JAN: Rakyat berbilang bangsa dan agama di negara ini berhak menyambut perayaan semua kaum, tegas timbalan menteri perdagangan antarabangsa dan industri.

Dr Ong Kian Ming kesal terdapat pihak tidak bertanggungjawab membuat tuduhan seolah-olah mahu memecah-belahkan perpaduan antara kaum di Malaysia.

“Saya tegaskan Kerajaan Persekutuan sentiasa membuka ruang kepada semua kaum untuk mengeratkan hubungan melalui sambutan perayaan yang boleh mengukuhkan perpaduan,” katanya ketika berucap pada Majlis Sambutan Pesta Ponggal Selangor di Kuil Sri Subramaniam di sini semalam.

Sementara itu, Kian Ming berbangga apabila Kerajaan Selangor di bawah pimpinan Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari sentiasa ke hadapan membawa agenda pelbagai kaum di negeri ini.

“Semoga lebih banyak program bermanfaat akan dianjurkan Kerajaan Negeri dan Persekutuan serta memberi kelebihan kepada semua kaum di Malaysia,” kata ahli parlimen Bangi.


Pengarang :