AGENSISELANGOR

RUsSEL anjur ARToFest x Genta Kecil 15 Februari ini

SHAH ALAM, 7 FEB: Rumah Seni Selangor (RUsSEL) menganjurkan fiesta seni “ARToFest x Genta Kecil” pada 15 Februari ini bagi meraikan bulan kesedaran barah kata penolong pengurusnya.

Alina Abdullah berkata acara yang menggabungkan seni persembahan, kesusasteraan dan seni tampak turut memberi ruang kepada orang ramai membeli karya dipamerkan.

“Sebanyak 40 peratus daripada keuntungan jualan akan disalurkan ke tabung Majlis Kanser Nasional (MAKNA),” katanya yang memaklumkan acara bermula dari 10 pagi hingga 11 malam.

Turut diadakan bual bicara bersama Azira Baharum, yang merupakan bekas penghidap barah kelenjar darah.


Pengarang :