AGENDANASIONAL

Covid-19: Malaysia Autoshow 2020 ditangguh ke Julai

CYBERJAYA, 2 MAC: Acara automotif tahunan terbesar Malaysia, Malaysia Autoshow 2020, yang dijadual berlangsung pada 9 hingga 12 April, 2020 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) ditangguhkan disebabkan kebimbangan berkaitan wabak Covid-19.

Penganjur acara itu, Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii) dalam kenyataan hari ini berkata tarikh baharu bagi acara itu adalah 2 hingga 5 Julai, 2020, di tempat sama.

“Dengan mengambil kira pelbagai faktor, MARii memutuskan untuk menangguhkan acara Malaysia Autoshow 2020, sebagai langkah untuk melindungi peserta, pempamer dan pengunjung berpotensi ke acara itu disebabkan wabak Covid-19 baru-baru ini di peringkat global,” katanya.

MARii berkata maklumat terkini mengenai Malaysia Autoshow 2020 boleh didapati di laman webnya www.marii.my atau platform media sosial @MARiiMalaysia.

– BERNAMA


Pengarang :