MPKlang menerima sumbangan pelbagai barang untuk diagihkan kepada petugas barisan hadapan Covid-19 di bawah pentadbirannya. Foto Facebook MPKlang
PBTSELANGOR

MPK terima sumbangan buat petugas Covid-19

SHAH ALAM, 20 APRIL: Majlis Perbandaran Klang (MPK) menerima pelbagai jenis barang sumbangan untuk diserahkan kepada petugas barisan hadapan di kawasan pentadbirannya.

Saluran Komunikasi MPK melalui Facebooknya hari ini memaklumkan sumbangan diterima Yang Dipertua MPK Dr Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin.

“Sumbangan ini diberikan 99 Speedmart dan Ahli Majlis MPK, Ngian Yoke Mooi bagi diagihkan kepada petugas barisan hadapan Covid-19,” jelas kenyataan itu.

Katanya, semua sumbangan seperti roti, air minuman, cecair pembasmi kuman dan topeng mulut itu akan diselaraskan terlebih dahulu sebelum diagihkan.


Pengarang :