AGENSISELANGOR

Kerja pembaikan paip pecah di Bandar Sri Ehsan siap

SHAH ALAM, 16 SEPT:  Kerja pembaikan paip pecah di Bandar Sri Ehsan berhampiran Masjid KLIA yang menyebabkan gangguan bekalan air lapan kawasan wilayah Kuala Langat dan satu di Sepang siap jam 4.30 petang tadi.

Ketua komunikasi korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) berkata penduduk yang terjejas dijangka menerima semula bekalan air jam 8 malam secara berperingkat.

“Bantuan air melalui lori tangki ke kawasan terlibat di wilayah Kuala Langat dan Sepang masih digerakkan bagi membantu pengguna.

“Pengguna yang ingin mendapatkan bantuan bekalan air boleh menghubungi pusat perhubungan pelanggan kami di talian 15300,” kata Elina Baseri dalam kenyataan.

Air Selangor akan memaklumkan perkembangan kerja pembaikan dari semasa ke semasa melalui saluran komunikasi rasminya di Facebook, Twitter dan Instagram, serta aplikasi telefon pintar Air Selangor dan laman sesawang kami di www.airselangor.com .

Senarai kawasan terjejas:

Kuala Langat
1. Taman Langat Utama
2. Taman D’Menara
3. Taman Murnimas
4. RTB Bukit Changgang
5. Bandar Sri Ehsan
6. Taman Langat Murni
7. Bandar Mahkota
8. Bandar Brooklands

Sepang
1. Estet SOPEC


Pengarang :