Kakitangan Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) ketika menyantuni golongan kurang berkemampuan di daerah itu pada 10 April 2021. Foto Facebook Korporatmdhsofficial
PBTSELANGOR

MDHS santuni golongan kurang mampu sempena Ramadan

SHAH ALAM, 12 APRIL: Seramai 422 individu dari golongan kurang berkemampuan dan orang kelainan upaya (OKU) di Hulu Selangor menerima sumbangan barangan keperluan sempena kedatangan Ramadan esok.

Yang dipertua Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) berkata pada Program Ziarah Ramadan pada Sabtu lalu, pihaknya mengagih barangan dapur seperti beras, gula, minyak masak, susu tin, sardin, milo, bihun, telur, kicap dan kurma.

“Dalam mendepani cabaran pandemik Covid-19 yang melanda negara sekarang ini, ramai di luar sana terjejas pendapatan mereka malah ada yang hilang mata pencarian.

“Sumbangan yang diberikan ini sedikit sebanyak dapat memberikan kegembiraan kepada golongan ini untuk turut sama menyambut kedatangan Ramadan selain mengurangkan sedikit beban menguruskan perbelanjaan mereka,” kata Dr Mohd Azhar Mohamed Ali dalam kenyataan di Facebook.

Selain Mohd Azhar, turut terlibat adalah 20 kakitangan dan 25 ahli majlis dalam menjayakan program yang masuk tahun ke-11 penganjurannya sejak 2010.


Pengarang :