Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari menaiki ambulan selepas menyaksikan penyerahan ambulans kepada Persatuan Pewaris Anak-Anak Melayu Gombak oleh Yayasan Al-Baghadi di Kampung Pengantin, Gombak pada 31 Julai 2022. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
ADNSELANGOR

MB minta masyarakat jaga silaturahim, elak berlaku kejadian tidak diingini

GOMBAK, 31 JULAI: Masyarakat diminta sentiasa menjaga silaturahim supaya setiap masalah yang dihadapi dalam kalangan jiran dapat diselesaikan secara berhemah.

Dato’ Menteri Besar berkata hubungan baik itu dapat mengelak berlakunya kejadian tidak diingini seperti yang sering berlaku sejak kebelakangan ini.

“Sifat mengambil tahu dan menjaga silaturahim adakalanya perlu supaya kejadian yang tidak diingini berlaku dalam kalangan komuniti kita.

 Dato’ Seri Amirudin Shari berbual dengan pemain Selangor sebelum  perlawanan di antara pilihan Menteri Besar Selangor menentang pilihan Selangor 95 di padang Kampung Wira Damai Batu Caves, Gombak pada 31 Julai 2022. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI

“Hari ini kita dengar pelbagai masalah timbul bukan sahaja moral malah pelik-pelik, luar jangka antaranya ibu dibunuh anak, ada nenek yang disembelih cucu. Hal ini terjadi kerana sudah tiada hubungan antara satu sama lain,” katanya.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata demikian pada majlis penyerahan ambulans kepada Persatuan Pewaris Anak-Anak Melayu Gombak (Pewarga) oleh Yayasan Al-Baghadi di Kampung Pengantin di sini.

Amirudin yang juga wakil rakyat Sungai Tua berkata, kos penyelenggaraan ambulans itu akan ditanggung oleh pihaknya.

Beliau kemudiannya menyaksikan perlawanan bola sepak  pilihan Menteri Besar Selangor menentang pilihan Selangor 95 di padang Kampung Wira Damai di sini.


Pengarang :