Ahli Dewan Negeri Bukit Melawati Juwairiya Zulkifli mengambil inisiatif membuka kaunter bergerak untuk memudahkan orang ramai membuat pendaftaran program kebajikan di bawah Iltizam Selangor Penyayang. Foto Facebook Juwairiya Zulkifli
ADNSELANGOR

Baucar beli-belah Deepavali, 450 keluarga di DUN Bukit Melawati terima manfaat

KUALA SELANGOR, 21 SEPT: Seramai 450 keluarga India berpendapatan rendah di DUN Bukit Melawati menerima baucar beli belah sempena sambutan Deepavali pada Oktober depan.

Pegawai Tugas-Tugas Khas Ahli Dewan Negeri Muhammad Farhan Zulkifli berkata inisiatif Jom Shapping Raya bernilai RM100 tersebut dapat meringankan beban penerima untuk menyediakan kelengkapan raya.

Pegawai Tugas Khas DUN Bukit Melawati Muhammad Farhan Zulkifli. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

“Agihan akan dibuat pada 2 Oktober ini di Pasaraya Lotus Kuala Selangor. Semua penerima sudah dikenal pasti selepas dinilai dengan beberapa syarat.

“Antaranya penerima mestilah penduduk Bukit Melawati dan gaji bawah RM2,000. Penerima juga tidak pernah mendapat bantuan ini kerana kita tidak mahu ada penduduk tercicir,” katanya ketika ditemui di Jualan Ehsan Rakyat hari ini.

Jom Shopping Raya diperkenalkan Kerajaan Negeri yang menyasar golongan berpendapatan rendah sebagai inisiatif jangka panjang bagi membela kebajikan dan kesejahteraan rakyat.

Serahan bantuan dibuat melalui pusat khidmat masyarakat di kawasan masing-masing mengikut komponen utama kaum dan sambutan perayaan.

Tahun ini sebanyak RM8 juta dikhaskan untuk program Jom Shopping semua perayaan dengan RM3.34 juta dikhaskan sempena Aidilfitri pada Mei.


Pengarang :