Tinjauan harga petrol di pam minyak sekitar Kuala Lumpur pada 10 Oktober 2020. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Harga petrol, diesel kekal hingga 5 Julai

KUALA LUMPUR, 28 JUN: Harga runcit petrol RON97 dan RON95 serta diesel kekal untuk tempoh bermula esok hingga 5 Julai ini, kata Kementerian Kewangan (MOF).

MOF dalam satu kenyataan hari ini berkata RON97 kekal pada harga RM3.37 seliter, RON95 pada RM2.05 seliter dan diesel pada RM2.15 seliter.

“Bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga minyak di pasaran global, kerajaan akan mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter, sungguhpun harga pasaran bagi kedua-dua produk telah melebihi paras harga siling yang ditetapkan,” katanya.

Kementerian itu memaklumkan kerajaan juga akan terus memantau trend harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.

– BERNAMA


Pengarang :