Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Wan Md Razali Wan Ismail ketika ditemui media di lokasi kejadian tanah runtuh yang menyebabkan 28 keluarga dari 19 buah rumah teres dua tingkat terjejas di Jalan Kemensah Height pada 17 September 2021. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Wanita warga emas maut kebakaran di pusat jagaan orang tua

KUALA LUMPUR, 1 OGOS: Seorang wanita warga emas maut dalam kebakaran di sebuah pusat jagaan orang tua di Seksyen 5, Petaling Jaya dekat sini, awal pagi tadi.

Wanita tempatan berusia 69 tahun itu ditemukan rentung di atas katilnya dalam sebuah bilik di pusat jagaan berkenaan.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Wan Md Razali Wan Ismail berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada 3.33 pagi dan 14 anggota serta dua jentera daripada Balai Bomba dan Penyelamat Petaling Jaya digegaskan ke lokasi kejadian.

Beliau berkata sejurus tiba di tempat kejadian, kebakaran didapati telah dipadamkan oleh orang ramai manakala 14 penghuni dan penjaga pusat jagaan itu berjaya menyelamatkan diri serta tidak mengalami kecederaan.

“Pemeriksaan anggota penyelamat menemukan seorang wanita warga emas rentung di atas katil di sebuah bilik di rumah jagaan berkenaan. Mayat kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Wan Md Razali berkata pusat jagaan itu mengalami kerosakan 30 peratus daripada keseluruhan struktur premis berkenaan dan punca kejadian masih dalam siasatan.

– BERNAMA


Pengarang :