Keadaan kediaman rakyat Palestin di kem pelarian Jabalia di utara Semenanjung Gaza pada 1 November 2023 sehari selepas serangan Israel ke atas kem berkenaan. Foto REUTERS
BERITA UTAMABUDAYARENCANA

Derita Ramadan, umat Islam Palestin cekal berpuasa dalam hujan bom (ESEI FOTO)

SHAH ALAM – Ibadat puasa datang dalam suasana penuh sengsara di Palestin: warga Gaza khususnya berdepan kebuluran, tiada ubat-ubatan dan sentiasa diancam serangan regim Israel.

Setakat 31 Mac, sekurang-kurangnya 32,782 orang Palestin terbunuh, manakala 75,298 lagi cedera dalam serangan berterusan sejak 7 Oktober tahun lalu.

Asakan rejim zionis belum menampakkan tanda-tanda berhenti atas alasan mahu memburu pejuang Harakat al-Muqawama al-Islamiyah (Hamas) yang didakwa bersembunyi di kawasan berkenaan.

Rumah, masjid, sekolah dan hospital tidak terlepas daripada roket, bom dan peluru Israel. Banyak yang telah musnah, manakala ribuan penduduk terperangkap di Gaza.

Bagi pihak Malaysia, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim lantang mengkritik sikap bungkam negara Barat di persidangan utama dan di hadapan pemimpin negara besar dunia.

Selangorkini berkongsi foto daripada Reuters yang memaparkan penderitaan rakyat Palestin di Gaza sepanjang Ramadan di tengah-tengah peperangan tidak berkesudahan itu.

Kanak-kanak Palestin tidak sabar mengambil makanan pada hari ketiga Ramadan, bersamaan 13 Mac 2024, ketika serangan Israel berterusan di Rafah, selatan Gaza. Foto REUTERS
Orang ramai mengusung jenazah warga Palestin yang terkorban akibat serangan tentera zionis pada 27 Mac 2024, bersamaan 17 Ramadan iaitu hari ulang tahun turunnya al-Quran, semasa konflik di Rafah. Foto REUTERS
Umat Islam bersolat tarawih berjemaah di pekarangan Masjid al-Aqsa di Baitulmaqdis pada malam pertama Ramadan, 10 Mac 2024. Masjid suci ketiga bagi muslim itu turut menjadi rebutan orang Yahudi. Foto REUTERS
Seorang wanita membaca al-Quran di sekolah kelolaan agensi bantuan UNRWA, badan bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, di Jabalia yang menjadi tempatnya berlindung selepas lebih seminggu puasa pada 20 Mac 2024. Foto REUTERS
Lelaki Palestin Wael al-Attar dan keluarga berbuka puasa hanya memakan khobiza, sejenis sayur liar, di sekolah yang menjadi kem perlindungan di Jabalia, utara Gaza pada 22 Mac 2024. Foto REUTERS

Pengarang :