Tangkap layar rakaman video progam tadabbur al-Quran sehari satu ayat sempena Ramadan bersama Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari dan Dr Ahmad Fakhrurrazi Mohammed Zabidi.
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Didik hawa nafsu, kekal di jalan Allah (VIDEO)

SHAH ALAM, 8 APRIL: Sebagai khalifah, umat Islam harus mendidik hawa nafsu agar tidak tersesat daripada jalan yang diredai Allah SWT.

Demikian ulasan Dr Ahmad Fakhrurrazi Mohammed Zabidi ketika menghuraikan Surah Sad ayat 26 yang dibaca qari jemputan Abdul Qawiy Abdul Rashid.

Menurut beliau, ayat tersebut menyentuh tentang tanggungjawab manusia selaku kalifah di bumi dan apa menimpa mereka jika tersesat daripada jalan Allah.

“Yang menghalangi kita mengenal Allah adalah nafsu, jadi apa sahaja yang menghalang kita daripada jalan lurus mengenali Allah adalah hawa (nafsu).

“Kalau begitu keadaannya kita telah tersesat, Allah memberi ancaman kepada kita azab yang pedih kalau kita mengambil jalan yang sesat,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam program Tadabbur al-Quran bersama Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari yang disiarkan secara rakaman menerusi laman sosial rasmi Amirudin Shari hari ini.

Program Tadabbur al-Quran anjuran Pejabat Dato’ Menteri Besar dan Media Selangor yang membaca satu ayat setiap hari sepanjang Ramadan dipancar melalui media sosial  Amirudin ShariMedia Selangor  dan TV Al-Hijrah.

Tangkap layar qari jemputan Abdul Qawiy Abdul Rashid dalam rakaman video progam tadabbur al-Quran sehari satu ayat sempena Ramadan

Mengulas ayat sama, Amirudin berkata Ramadan mendidik manusia mengawal nafsu dan memastikan ia berkekalan sehingga datangnya Aidilfitri.

“Kita diajar untuk mendidik nafsu yang kadang kala kita boleh bertahan daripada lapar dan dahaga, bersama dengan pasangan hinggalah kepada kata-kata dan juga perbuatan.

“Jaga-jaga saat kita gembira menjelang Aidifitri, kita juga harus kawal (nafsu) agar kita tidak hanyut dengan perkara yang akan mengherot perjalanan kita kepada Allah,” katanya.

Berikut episod Tadabbur al-Quran terdahulu yang boleh diikuti:

Episod 1: Terus berbuat amal kebaikan
Episod 2: Mohon petunjuk dan ilham
Episod 3: Ilmu dan adab asas kehidupan
Episod 4: Jaga hati, ubah diri ke arah lebih baik
Episod 5: Amanah, cerita kebenaran
Episod 6: Bersatu hati, elak pertikaian
Episod 7: Ilmu datang dari pelbagai arah
Episod 8: Kepentingan akal membuat keputusan, jalani kehidupan
Episod 9: Wajib berbakti kepada ibu bapa
Episod 10: Berdoa agar amalan diterima Allah
Episod 11: Manfaat pancaindera untuk timba ilmu
Episod 12: Kongsi rezeki dan yakin balasan Allah
Episod 13: Ujian itu hikmah, jadi insan hebat
Episod 14: Istiqamah mengingat Allah
Episod 15: Ujian Allah sesuai kemampuan
Episod 16: Bercakap benar, beradab dalam berbicara
Episod 17: Pemimpin berbincang sebelum buat keputusan
Episod 18: Rasullullah susuk penting
Episod 19: Waspada sifat orang munafik
Episod 20: Manfaat Ramadan dengan terus berdoa
Episod 21: Serah kepada Allah setelah ikhtiar, doa
Episod 22: Bukti kekuasaan Allah ada di sekeliling kita
Episod 23: Jaga proses ketauhidan agar terus kukuh
Episod 24: Berbakti pada ibu bapa
Episod 25: Jadikan kisah nabi, rasul sebagai panduan hidup
Episod 26: Umat Islam perlu berjiwa besar, pemaaf
Episod 27: pemimpin mesti adil, hindari rasa benci

 


Pengarang :