Selangorkini
BERITA UTAMA SELANGOR

Boleh guna peruntukan ADN bantu mangsa banjir – MB

OLEH NADIAH ZAMLUS

SHAH ALAM, 29 NOV: Ahli Dewan Negeri (ADN) boleh menggunakan peruntukan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi membantu mangsa banjir, kata Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan ADN Batang Kali, Harumaini Omar yang memaklumkan beliau terpaksa menggunakan peruntukan DUN bagi membantu mangsa banjir.

Amirudin berkata, hakikatnya, pemberian bantuan itu memberi kesan baik secara langsung kepada rakyat sekiranya ia dihulurkan dengan segera.

“Bagaimanapun Kerajaan Negeri tidak pernah ketinggalan untuk turut menyediakan bantuan untuk membantu mangsa-mangsa banjir di negeri ini saban tahun.

“Ini ditunjukkan melalui bantuan kepada mangsa banjir kilat pada tahun 2017 iaitu sebanyak RM351,156 dan untuk tahun ini sehingga September 2018 pula ialah sebanyak RM188,155,” katanya ketika sesi soal jawab di Dewan Undangan Negeri, di sini, hari ini.


Pengarang :