ANKARA, 25 Julai — Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dianugerahkan Ijazah Doktor Kehormat Sains Politik dan Pentadbiran Awam Universiti Ankara Yildirim Beyazit dari Presiden Majlis Pendidikan Tinggi Turki, Dr Yekta Sarac (kiri) sempena Lawatan Rasmi beliau ke Turki di Majlis Pengajian Tinggi Turki hari ini. — fotoBERNAMA (2019) HAK CIPTA TERPELIHARA
AGENDABERITA UTAMAGLOBAL

Dr Mahathir terima anugerah doktor kehormat oleh Universiti Turki

ANKARA, 25 JUL: Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dianugerahkan Doktor Kehormat Sains Politik dan Pentadbiran Awam oleh Ankara Yildirim Beyazit University, hari ini.

Dr Mahathir dianugerahkan ijazah kehormat itu oleh rektor universiti berkenaan Prof Dr Ibrahim Aydinli dan Presiden Majlis Pendidikan Tinggi Turki, Dr Yekta Sarac.

Majlis penganugerahan itu diadakan di Majlis Pengajian Tinggi Turki di sini.

Dr Mahathir adalah penerima ketiga doktor kehormat dari universiti itu selepas Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan dan Presiden Djibouti Ismail Omar Guelleh.

Ia bagi mengiktiraf usaha gigih Perdana Menteri membangunkan Malaysia.

Penganugerahan itu juga bagi menghargai usaha beliau mengukuhkan hubungan dua hala Malaysia-Turki.

Dr Mahathir dalam lawatan rasmi empat hari ke Turki sejak Rabu.

– BERNAMA


Pengarang :