AGENSISELANGOR

PPAS perkenal e-Buku isi masa lapang sepanjang PKP

SHAH ALAM, 23 MAC: Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) menyediakan perkhidmatan e-Buku untuk dimanfaatkan orang ramai sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Perkara itu dikongsi Dato’ Menteri Besar, Dato Seri’ Amirudin Shari menerusi Twitternya hari ini.

“Sepanjang PKP dan PPAS menyediakan e-Buku untuk mengisi masa lapang di rumah.

“Membaca adalah aktiviti sangat berfaedah,” kata beliau yang turut menggunakan tanda pagar #StayAtHome #SelangorGempurCovid19.

Orang ramai yang ingin mendaftar boleh melayari http://ppas.celex.com.my, http://ppas.overdrive.com (pinjaman) dan maklumat lanjut di www.ppas.gov.my.


Pengarang :