Dato’ Seri Amirudin Shari menunaikan solat Jumaat di Surau An-Nasihin Kampung Sungai Kertas, Batu Caves pada 31 Julai 2020. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

MB: Jaga nyawa, patuh SOP elak jangkitan Covid-19

BATU CAVES, 31 JULAI: Jemaah masjid dan surau dinasihat menjaga keselamatan diri dengan mematuhi tatacara operasi piawai (SOP) bagi mengelak jangkitan Covid-19.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata umat Islam perlu mengamal disiplin tinggi bagi memastikan rumah ibadat selamat dikunjungi.

“Sekarang kita dibenar berjemaah di masjid, jadi patuh SOP walaupun peraturan ketat demi kebaikan kita semua. Menjaga nyawa merupakan prinsip kedua terpenting selepas memelihara agama,” katanya berucap sebelum menunaikan solat Jumaat di Surau An-Nasihin Kampung Sungai Kertas hari ini.

Amirudin berkata Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj juga berulang kali mengingatkan umat Islam mematuhi SOP ketika meraikan Hari Raya Aidiladha.

“Jadi marilah kita bersama-sama melakukan pengorbanan kerana negara ini dan dunia masih berjuang mengekang penularan wabak,” katanya


Pengarang :