Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah pada sidang media berhubung situasi semasa jangkitan Covid-19 di Kementerian Kesihatan pada 21 Julai 2020. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Covid-19: Enam kes baharu, dua penularan tempatan

SHAH ALAM, 2 SEPT: Kes baharu Covid-19 menurun kepada satu digit apabila hanya enam kes direkodkan hari ini dengan dua penularan tempatan, kata ketua pengarah kesihatan.

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata kes tempatan membabitkan warganegara dikesan di Selangor dan Pahang.

“Empat kes import melibatkan warga asing dengan tiga dari Indonesia manakala satu dari Syria.

“Ini menjadikan keseluruhan sebanyak 9,360 kes manakala kes aktif sebanyak 153 kes. Ketika ini empat kes dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan tiga memerlukan bantuan pernafasan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dr Noor Hisham berkata setakat 12 tengah hari tadi empat kes disahkan pulih dan dibenarkan keluar hospital menjadikan bilangan sembuh sebanyak 9,079 kes iaitu 97 peratus dari keseluruhan.

“Tiada kematian baharu dilaporkan dan kes kumulatif kekal 128 kes,” katanya.


Pengarang :