Exco Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam Dan Pembangunan Kampung Baru, Ng Sze Han. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI
EXCOSELANGOR

Gangguan sistem parkir empat jam, 5,000 kompaun ditarik balik

SHAH ALAM, 25 SEPT: Kira-kira 5,000 pengguna Smart Selangor Parking (SSP) menuntut bayaran balik kompaun yang dikenakan terhadap mereka susulan gangguan sistem tersebut pada Rabu.

EXCO kerajaan tempatan Ng Sze Han berkata pihaknya tidak menjangkakan bilangan mereka yang menuntut bayaran balik bertambah kerana kegagalan sistem SSP hanya berlaku selama empat jam sahaja.

“Pengendali SSP mengambil tanggungjawab penuh dengan membayar semula kompaun tempat letak kereta yang dikenakan terhadap pengguna susulan gangguan sistem tersebut,” katanya kepada SelangorKini semalam.

Sistem SSP tergendala dari jam 8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari pada 21 September disebabkan masalah pengemaskinian sistem aplikasi.

Berikutan itu pengguna boleh menghubungi SSP melalui emel [email protected] atau talian 1700-819-612 bagi tuntutan bayaran balik kompaun dalam tempoh gangguan sistem.

SSP diperkenalkan pada Julai 2018 kini menjadi aplikasi parkir nombor satu negara apabila digunakan pihak berkuasa tempatan di Selangor termasuk kawasan di bawah seliaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).


Pengarang :