Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari menyampaikan sumbangan ketika program Kembali Ke Sekolah Dan “Chithirai Puthandu” di Dewan Indian Settlement, Batu Caves pada 11 April 2021. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Isu hak milik tanah penduduk Kampung Indian Settlement selesai

SELAYANG, 12 APRIL: Isu milikan tanah melibatkan 77 penduduk Kampung Indian Settlement, Batu Caves yang berlarutan sejak 1960-an selesai selepas semua menerima lot masing-masing.

Dato’ Menteri Besar berkata kumpulan pertama iaitu 25 penduduk mendapat tanah tahun lalu di Batu Arang manakala selebihnya menerima tapak di dalam kawasan kampung terbabit tahun ini.

“Selepas ini kita jangka masalah infrastruktur jalan akan selesai menjelang Jun ini. Kita alihkan laluan kerana ketika ini jalan berhampiran sungai.

“Apabila siap, penduduk akan masuk mengikut lot masing-masing. Kedudukan sekarang bercampur aduk kerana terdapat pertambahan rumah,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari selepas program Kembali Ke Sekolah dan sambutan ‘Chithirai Puthandu’ semalam.

Dalam majlis berkenaan, beliau menyerahkan 100 bantuan persekolahan kepada pelajar serta 32 bantuan makanan kepada keluarga berpendapatan rendah bagi meringankan beban penduduk.


Pengarang :