Foto Facebook ADN Sentosa Dr G Gunarajah
ADNBERITA UTAMASELANGOR

DUN Sentosa sumbang 10 kambing, dua lembu sempena Aidiladha

KLANG, 10 JULAI: Dewan Undangan Negeri (DUN) Sentosa menyumbangkan 10 ekor kambing dan dua ekor lembu sempena sambutan Aidiladha.

Wakil rakyatnya Dr G Gunarajah berkata sumbangan itu disampaikan secara berperingkat sejak Jumaat lalu di Masjid Al-Barakah di sini.

“Kita peruntuk kira-kira RM20,000 bagi tujuan itu, saya berharap sumbangan tersebut serba sedikit meringankan beban masyarakat Islam yang bakal menyambut perayaan ini esok (hari ini).

“Di kesempatan ini saya turut ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua orang Islam dan warga DUN Sentosa khasnya,” katanya ketika ditemui SelangorKini.

Sebelum ini, Gunarajah turut mengagihkan lebih 500 pek barangan keperluan asas secara percuma kepada penduduk sekitar Sentosa.

Pek berkenaan antaranya mengandungi beras, santan, minyak masak, susu pekat dan sardin bagi meringankan beban rakyat.


Pengarang :