Sebahagian aksi perlawanan Liga Super antara Selangor FC dan PJ City FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) pada 21 Ogos 2022. Foto Facebook Selangor FC
AGENDANASIONAL

Liga Super: Selangor FC tewas di tangan PJ City FC

SHAH ALAM, 21 OGOS: Selangor FC tewas 0-1 dalam perlawanan menentang PJ City FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), sebentar tadi.

Gol tunggal PJ City FC dijaringkan pemain berdarah kacukan Darren Lok selepas menembusi kawalan pertahanan Selangor FC sebelum menewaskan Samuel Sommerville pada minit ke-59.

Jaringan penyerang kebangsaan itu menyaksikan PJ City FC membawa pulang tiga mata berharga.

Biarpun banyak mendominasi perlawanan, skuad Gergasi Merah yang gagal menghasilkan gol menerusi beberapa percubaan terpaksa akur dengan kekalahan kali keempat berturut-turut dalam Liga Super.


Pengarang :