AGENSISELANGOR

PKNS pelawa ahli BizClub sertai program jaringan perniagaan, peluang promosi produk ke Indonesia

OLEH AZIAN AZIZ

SHAH ALAM, 19 FEB : Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) melalui Bahagian Pembangunan Usahawan (BPU) akan menganjurkan Program Jaringan Bizmatch kepada ahli BizClub perbadanan itu pada 21 Februari ini.

PKNS memaklumkan, program percuma yang turut ditawarkan kepada alumni Program Usahawan Siswazah (GROW) dan Program Usahawan Mahasiswa (PUM) itu dijadual bermula pukul 9 pagi hingga 3 petang di Dewan Aster, Bangunan Ibu Pejabat PKNS di sini.

“Menerusi program ini semua ahli BizClub, alumni GROW dan PUM berpeluang mempromosi dan memperluaskan jaringan perniagaan serta berkongsi maklumat pendigitalan perniagaan terkini.

“Mereka juga berpeluang menyertai sesi bersama agensi francais Indonesia dan berpeluang memasuki pasaran negara itu,” kata PKNS melalui hantaran yang dipaparkan di Facebook Hijrah Selangor.

Ahli yang berminat boleh mendaftar dipautan bit.ly/bizmatchalumni dan sebarang pertanyaan boleh menghubungi Yusoff Imran di talian : 017-725 8373 dan Anas (013-627 9737).

BizClub PKNS adalah komuniti perniagaan daripada pelbagai industri yang berpusat di PKNS Bizpoint di Seksyen 7, Shah Alam.


Pengarang :