Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj menandatangani plak simbolik perasmian Masjid Ukay Perdana pada majlis perasmian masjid dan penyerahan sumbangan hari raya di Taman Ukay Perdana, Ampang pada 11 April 2023. Foto MOHD YUSNI ARIFFIN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Sultan Selangor rasmi Masjid Ukay Perdana, mampu tampung 1,800 jemaah

Oleh AZIAN AZIZ

AMPANG, 11 APRIL: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan merasmikan Masjid Ukay Perdana, Taman Ukay Perdana di sini dan berbuka puasa bersama rakyat hari ini.

Didirikan di atas tanah seluas 2.9 ekar, masjid itu mampu menampung sehingga 1,800 jemaah pada satu-satu masa.

Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj merasmikan Masjid Ukay Perdana pada majlis perasmian masjid dan penyerahan sumbangan hari raya di Taman Ukay Perdana, Ampang pada 11 April 2023. Foto MOHD YUSNI ARIFFIN/SELANGORKINI

Masjid yang siap dibina dan beroperasi pada Disember 2017 itu menelan belanja RM15 juta dengan dibiayai oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).

Pada majlis itu, Baginda yang diiringi Tengku Permaisuri Norashikin turut berkenan menyampaikan sumbangan hari raya kepada 440 asnaf yang terdiri daripada 66 orang fakir, 287 orang miskin dan 87 mualaf.

Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj menyampaikan sumbangan hari raya kepada asnaf sebelum merasmikan Masjid Ukay Perdana pada majlis perasmian masjid dan penyerahan sumbangan hari raya di Taman Ukay Perdana, Ampang pada 11 April 2023. Foto MOHD YUSNI ARIFFIN/SELANGORKINI

Setiap asnaf menerima sumbangan RM500 dengan jumlah keseluruhan sumbangan RM220,000.

Hadir sama Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari serta EXCO Hal Ehwal Agama Islam, Mohd Zawawi Ahmad Mughni.

Sultan Sharafuddin turut menunaikan solat sunat tarawih 20 rakaat bersama asnaf dan penduduk di sekitar Ampang dan Gombak.


Pengarang :