Maklumat berkaitan cuaca serata Malaysia boleh dirujuk di laman sesawang www.met.gov.my, media sosial atau aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih (gambar hiasan). Foto BERNAMA
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Amaran hujan lebat di Hulu Selangor, Gombak, Hulu Langat hingga 7 malam

SHAH ALAM, 8 SEPT: Tiga daerah di Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat diramal hujan lebat, ribut petir dan angin kencang hingga 7 malam ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan cuaca sama dijangka melanda seluruh Kelantan, Terengganu serta beberapa kawasan di Pahang, Perak, Negeri Sembilan, Johor dan Sarawak.

Agensi itu memaklumkan di Facebook, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my, media sosial serta memuat aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :