EXCO Pembangunan wanita, Anfal Saari berucap pada Majlis perasmian Festival Cerita Rakyat Belia Asia Pasifik Pertama di Dewan Sivil MBPJ Petaling Jaya pada 23 September 2023. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI
EXCOSELANGOR

EXCO: Semai sifat saling hormati, perpaduan dalam diri belia

PETALING JAYA, 23 SEPT: Penganjuran Festival Cerita Rakyat Belia Asia Pasifik Pertama menonjolkan kepelbagaian identiti etnik sekali gus memupuk rasa saling menghormati antara satu sama lain.

EXCO Pembangunan Wanita Anfaal Saari berkata program anjuran Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) itu juga menyemai seni dan budaya dalam kalangan generasi muda seterusnya menjamin keharmonian negara.

“Generasi muda adalah aset tidak ternilai kerana di tangan merekalah letaknya kelangsungan hidup bangsa. Sampai waktunya generasi inilah yang akan mengambil alih kepimpinan negara.

“Sejauh mana mereka mampu menggalas tanggungjawab, ini bergantung kepada keupayaan kita mendidik dan membentuk jati diri mereka,” katanya merasmikan festival berkenaan hari ini

Dari kiri Datuk Bandar Petaling Jaya, Mohamad Azhan Md Amir, EXCO Pembangunan wanita, Anfal Saari dan EXCO Agama Islam Dr Mohammad Fahmi Ngah melakukan simbolik perasmian Festival Cerita Rakyat Belia Asia Pasifik Pertama di Dewan Sivil MBPJ Petaling Jaya pada 23 September 2023. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI

Berlangsung di Dewan Auditorium MBPJ, program turut dihadiri EXCO Agama Dr Fahmi Ngah dan Datuk Bandar Petaling Jaya Mohamad Azhan Md Amir.

MBPJ mewakili Malaysia sebagai tuan rumah bagi penganjuran festival bertemakan ‘Menghayati Budaya dan Warisan’.

Program diisi dengan beberapa aktiviti menarik antaranya persembahan kebudayaan antarabangsa, seminar kerjaya seni, Persidangan Seni Antarabangsa PJ 2023.

Malam esok acara diteruskan dengan persembahan artis terkenal tanah air seperti Awie, Ella, Ziana Zain dan Datuk Hattan.

Persembahan pembukaan pada Majlis perasmian Festival Cerita Rakyat Belia Asia Pasifik Pertama di Dewan Sivil MBPJ Petaling Jaya pada 23 September 2023. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI

Pengarang :