Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Selangor Dato’ Seri Amirudin Shari berucap ketika Sambutan Jubli Perak 25 Tahun Reformasi dan Perasmian Perdana Mesyuarat Agung Tahun Cabang Wanita dan AMK Keadilan Negeri Selangor 2023 di Dewan Sivik MBPJ, Petaling Jaya pada 20 September 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Reformasi cetus perubahan sistem tatakelola, angkat ekonomi manusiawi

PETALING JAYA, 21 SEPT: Perjuangan reformasi yang menjadi denyut nadi Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) mencetus banyak perubahan kepada sistem dan tatakelola di negara ini.

Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Selangor Dato’ Seri Amirudin Shari berkata perjuangan itu juga mencetus perubahan ke arah sistem politik yang adil dan matang.

Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Selangor Dato’ Seri Amirudin Shari berucap ketika Sambutan Jubli Perak 25 Tahun Reformasi dan Perasmian Perdana Mesyuarat Agung Tahun Cabang Wanita dan AMK Keadilan Negeri Selangor 2023 di Dewan Sivik MBPJ, Petaling Jaya pada 20 September 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

“Perubahan dalam sistem tatakelola, pentadbiran yang cekap dan beramanah selain perubahan dalam kehidupan masyarakat.

“Ia juga mewujudkan komuniti yang bersatu padu dan tidak dipisahkan oleh semangat perkauman ataupun perbedaan partisan yang kita panggil dengan semangat insani.

“Itulah yang disebutkan Anwar (Datuk Seri Anwar Ibrahim) ketika beliau munculkan gagasan Malaysia Madani yang bila sebut tentang ekonomi, ekonominya adalah manusiawi.

“Jaga manusia bukan bangunkan bangunan dan angkat pertumbuhan ekonomi sahaja tetapi juga jaga rakyat supaya rakyat miskin terbela, petani, nelayan terus mendapat perhatian,” katanya dalam ucaptama sambutan Jubli Perak 25 tahun reformasi di Auditorium Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya malam tadi.

Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Selangor Dato’ Seri Amirudin Shari bergambar bersama penerima anugerah penghargaan khas ketika sambutan Jubli Perak 25 Tahun Reformasi dan Perasmian Perdana Mesyuarat Agung Tahun Cabang Wanita dan AMK Keadilan Negeri Selangor 2023 di Dewan Sivik MBPJ, Petaling Jaya pada 20 September 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

Amirudin yang juga Dato’ Menteri Besar berkata di Selangor menggunakan pelbagai pendekatan bagi menjaga kebajikan rakyat termasuk memperkenalkan Iltizam Selangor Penyayang.

“Semenjak kita mendapat sedikit ruang di Selangor, kita merakyatkan ekonomi , perkenal Iltizam Selangor Penyayang.

“Sekarang ini semua terjawab, siapa pun atau apapun (inisiatif) yang dibuat ia dimulakan oleh Anwar (25 tahun dahulu), ia dimulakan oleh reformasi. Selagi ekonomi manusiawi tertegak di bumi Malaysia reformasi tidak mati,” katanya.

Beliau dalam pada itu menegaskan KEADILAN membawa gagasan parti pelbagai kaum kerana kita percaya boleh gabungkan semangat permuafakatan dan perpaduan rakyat.

“Kita boleh gabungkan semangat permuafakatan dan perpaduan rakyat dan tidak boleh dipisahkan dengan semangat kaum yang melulu.

“(Ada yang kata saya anti Melayu) tidak. Tidak pernah pun. Kalau tengok dasar Selangor tak pernah pun (ketepikan Melayu). Dasar kita sentiasa jaga Islam, Melayu.

“Tetapi apa yang kita nak tunjuk kita tidak hilang semangat Melayu dan jati diri Melayu dengan berbuat baik dan jaga orang Melayu, Cina, India bagi keadilan kepada semua pihak yang kita Melayu yang yakin dengan ilmu dan pengetahuan,” katanya.

 


Pengarang :