Nilai mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tertinggi iaitu 155 setakat jam 8 pagi 3 Oktober 2023. Foto Laman sesawang Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS)
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Empat kawasan catat IPU tidak sihat termasuk satu di Selangor

SHAH ALAM, 3 OKT: Empat kawasan merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat 8 pagi ini.

Laman sesawang Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) mencatatkan bacaan IPU tertinggi direkodkan di Nilai 155, Cheras (153), Seremban (144) dan Banting (111).

Sementara itu kawasan lain merekodkan bacaan IPU pada paras sederhana iaitu di bawah 100 seperti Petaling Jaya 99, Shah Alam (97), Batu Muda, Kuala Lumpur (91) dan Putrajaya (90).

Bacaan IPU antara 0 hingga 50 dikategorikan paras baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) manakala 300 ke atas berbahaya.

Orang ramai boleh merujuk laman web rasmi Jabatan Alam Sekitar (JAS) di https://apims.doe.gov.my/home.html

Mei lalu, pihak berkuasa cuaca dan iklim memberi amaran berlakunya jerebu lebih serius di rantau selatan Asean antara Jun dan Oktober tahun ini.

Amaran itu dibuat ketika musim kemarau diramal berlaku lebih teruk dan berpanjangan daripada biasa.


Pengarang :