Ketua Tanggungjawab Sosial dan Komunikasi Korporat MBI Ahmad Azri Zainal Nor (kanan) dan Ahli Dewan Negeri Lembah Jaya Syed Abdul Rahman Alhadad atau Altimet (kiri) menyampaikan bantuan tunai kepada mangsa kebakaran di Lembah Jaya Utara, Ampang pada 7 Disember 2023. Foto FITRI HAZIM HAZAM/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

MBI ziarah mangsa kebakaran, hulur bantuan tunai

AMPANG JAYA, 7 DIS: Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI menghulur bantuan tunai RM3,000 kepada mangsa kebakaran di Lembah Jaya Utara, Ampang di sini, hari ini.

Ketua tanggungjawab sosial dan komunikasi korporatnya berkata sumbangan itu sebagai tanda prihatin dengan ujian menimpa keluarga Roslin Sulong selepas rumah yang didiami mengalami kerosakan teruk.

“Saya difahamkan rumah yang terbakar ini adalah rumah pusaka berusia 50 tahun. Kejadian berpunca daripada kebakaran bengkel kereta di hadapan rumah mangsa yang disambar petir. Kami berharap bantuan ini sedikit sebanyak meringankan beban mangsa.

“Selain itu, kami juga akan memanjangkan perkara ini kepada Lembaga Zakat Selangor untuk mendapatkan bantuan membina rumah,” kata Ahmad Azri Zainal Nor kepada Selangorkini selepas melawat kediaman mangsa.

Penyampaian sumbangan dibuat bersama Ahli Dewan Negeri Lembah Jaya Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad atau Altimet.

Ketua Tanggungjawab Sosial dan Komunikasi Korporat MBI Ahmad Azri Zainal Nor bersama Ahli Dewan Negeri Lembah Jaya Syed Abdul Rahman Alhadad atau Altimet menyampaikan bantuan tunai kepada mangsa kebakaran di Lembah Jaya Utara, Ampang pada 7 Disember 2023. Foto FITRI HAZIM HAZAM/SELANGORKINI

Pengarang :