EXCO Pembasmian Kemiskinan V Papparaidu (tengah) bersama Ahli Dewan Negeri Batu Tiga Danial Al-Rashid bergambar pada Program Jalinan Mesra Semarak Kasih Ramadan anjuran Jawatankuasa Tetap Sumber Manusia dan Pembasmian Kemiskinan di Hotel Concorde, Shah Alam pada 25 Mac 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/SELANGORKINI
BERITA UTAMAEXCOSELANGOR

100 keluarga memerlukan dari empat DUN dirai, terima sumbangan Aidilfitri

Oleh NAS NORZIELA NASBAH

SHAH ALAM, 25 MAC: Seramai 100 keluarga kurang berkemampuan daripada empat Dewan Undangan Negeri (DUN) diraikan pada program Jalinan Ukhuwah sempena Ramadan di Hotel Concorde Shah Alam, semalam.

EXCO Pembasmi Kemiskinan V Papparaidu berkata majlis berbuka puasa itu antara lain menjadi medan buat pemimpin Kerajaan Negeri terutamanya wakil rakyat kawasan terlibat untuk terus mendekati golongan berkenaan.

EXCO Pembasmian Kemiskinan V Papparaidu menyampaikan ucapan pada Program Jalinan Mesra Semarak Kasih Ramadan anjuran Jawatankuasa Tetap Sumber Manusia dan Pembasmian Kemiskinan di Hotel Concorde, Shah Alam pada 25 Mac 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/SELANGORKINI

“Apa yang penting majlis ringkas ini juga bagi mewujud jaringan perhubungan yang harmoni, eratkan ukhuwah antara golongan yang kurang berkemampuan, pemimpin Kerajaan Negeri dan penjawat awam negeri ini.

“Melalui bantuan yang disalurkan, ia membuktikan keprihatinan Kerajaan Negeri terhadap golongan ini secara berterusan dan ia disemarakkan lagi dengan niat yang ikhlas daripada kita semua untuk bantu ringankan bebanan mereka,” katanya ketika ditemui di program berkenaan.

EXCO Pembasmian Kemiskinan V Papparaidu (dua, kanan) beramah mesra bersama tetamu program Jalinan Mesra Semarak Kasih Ramadan anjuran Jawatankuasa Tetap Sumber Manusia dan Pembasmian Kemiskinan di Hotel Concorde, Shah Alam pada 25 Mac 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/SELANGORKINI

Program anjuran Jawatankuasa Tetap Pembangunan Sosio Ekonomi menghimpunkan golongan memerlukan dari DUN Kota Kemuning, DUN Batu Tiga, DUN Kota Anggerik, DUN Sungai Kandis dan Kelab Kebajkan SUK Selangor.

Terdahulu, Papparaidu yang diiringi Ahli Dewan Negeri Batu Tiga Danial Al-Rashid Haron menyerahkan sumbangan kepada kesemua peserta bagi meringankan beban mereka dalam membuat persiapan Aidilfitri.

EXCO Pembasmian Kemiskinan V Papparaidu (tengah) bersama Ahli Dewan Negeri Batu Tiga Danial Al-Rashid (kiri) menyampaikan sumbangan kepada penerima pada Program Jalinan Mesra Semarak Kasih Ramadan anjuran Jawatankuasa Tetap Sumber Manusia dan Pembasmian Kemiskinan di Hotel Concorde, Shah Alam pada 25 Mac 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/SELANGORKINI

Sebelum ini, beliau memaklumkan sebanyak 37,550 baucar Jom Shopping bernilai RM200 sedang diagih mengikut DUN sempena sambutan Aidilfiri bulan depan.

Program yang menyasarkan golongan memerlukan dan berpendapatan rendah di 56 Dewan Undangan Negeri (DUN) melibatkan peruntukan RM7.510 juta.


Pengarang :