Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berucap ketika Majlis Berbuka Puasa Dato’ Menteri Besar Bersama Komuniti Pendidik Negeri Selangor di Dewan Raja Muda Musa, Shah Alam pada 17 Mac 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

MB buka puasa dengan pendidik, serah sumbangan kepada PIBG sekolah

SHAH ALAM, 17 MAC: Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari hari ini meneruskan tradisi berbuka puasa bersama warga pendidik negeri ini.

Berlangsung di Dewan Raja Muda Muda, Seksyen 7 di sini, majlis dihadiri kira-kira 1,500 guru termasuk tenaga pengajar bawah kelolaan Kerajaan Negeri.

“Sejak 2018, hampir setiap tahun kita jayakan majlis ini namun terhenti pada 2020 dan 2021 akibat pandemik Covid-19,” katanya ketika berucap.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari menyampaikan cek cura sumbangan PIBG Selangor kepada Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan Negeri Selangor Dr Jafri Abu ketika Majlis Berbuka Puasa Dato’ Menteri Besar Bersama Komuniti Pendidik Negeri Selangor di Dewan Raja Muda Musa, Shah Alam pada 17 Mac 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

Majlis turut dihadiri Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) Dato’ Shahzihan Ahmad dan Ketua Pegawai Eksekutif Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI Saipolyazan Mat Yusop.

Dalam majlis berkenaan, Amirudin turut menyerahkan cek cura bernilai RM840,000 sebagai simbolik sumbangan kepada 840 persatuan ibu bapa dan guru (PIBG) di negeri ini.

Amirudin turut menyerahkan sijil penghargaan kepada ahli jawatankuasa Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS).

Beliau turut menyaksikan serahan sumbangan Tijari oleh Shahzihan kepada wakil sekolah agama bawah Jais di Klang dan Petaling, masing-masing menerima RM50,000.

Beliau kemudian menunaikan solat Maghrib berjemaah bersama warga pendidik.


Pengarang :