Foto Facebook Selangor Royal Office
AGENDANASIONAL

Sultan Selangor titah rakyat terus teguhkan perpaduan

SHAH ALAM, 1 JAN: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah supaya rakyat Selangor mengekalkan keharmonian dan perpaduan sempena Tahun Baharu 2020.

Pejabat Istana Selangor dalam kenyataan memaklumkan baginda menitahkan keharmonian dan perpaduan rakyat terus teguh untuk memastikan kemakmuran ekonomi terus dinikmati bersama.

“Tuanku dan DYMM Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin mengucapkan selamat menyambut Tahun Baharu 2020 kepada seluruh rakyat Selangor khususnya dan Malaysia,” kata kenyataan itu.


Pengarang :