Penunggang GrabFood menyahkuman bekas penyimpanan makanan bagi mencegah Covid-19 di McDonald’s, Kajang pada 23 Mac 2020. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
EXCOSELANGOR

EXCO cadang industri hantar makanan diperluas kepada produk lain

SHAH ALAM, 9 APRIL: Khidmat syarikat penghantaran makanan disaran diperluas kepada produk lain ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kata EXCO pembangunan usahawan.

Rodziah Ismail berkata langkah tersebut wajar kerana rakyat kini terhad untuk bergerak susulan perintah bagi mengawal penularan Covid-19.

“Ada permintaan tinggi terhadap industri tersebut berbuat demikian, jadi saya harap syarikat seperti Grabfood, Foodpanda dan banyak lagi dapat kembangkan kepada penghantaran barang lain seperti bekalan makanan asas,” katanya ketika dihubungi SelangorKini semalam.

Beliau juga mencadangkan kaedah pandu lalu dan dalam talian diperluaskan untuk mengelak rakyat bersesak ketika membeli barangan keperluan harian.


Pengarang :