Mais bersama rakan strategiknya menyampaikan bantuan makanan kepada 304 keluarga yang terjejas pendapatan di Sabak Bernam dan Kuala Langat pada 28 Jun 2021. Foto Facebook Mais
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

304 keluarga susah di Sabak Bernam, Kuala Langat dapat bantuan makanan Mais

SHAH ALAM, 29 JUN: Majlis Agama Islam Selangor (Mais) menyumbangkan barangan asas bernilai RM30,400 kepada 304 keluarga di Sabak Bernam dan Kuala Langat yang terjejas pendapatan akibat Covid-19.

Agensi itu berkata bantuan dalam bentuk makanan antaranya beras, tepung, minyak dan gula itu disalurkan menggunakan peruntukan fidyah Mais bernilai RM100.

Menurutnya, sumbangan membabitkan kerjasama dengan rakan strategik agihan fidyah Mais terdiri Sahabat Muslimah Saidatina Aisyah, Pertubuhan Ehsan Penyayang Selangor dan Sekolah Rendah Agama (SRA) Bagan Nakhoda Omar, Sabak Bernam.

“SRA Kampung Banting, Maahad Tahfiz Imran Zikry, Maahad Tahfiz Harun Almasri, Maahad Tahfiz Bustanul Arifin dan masjid,” katanya di Facebook hari ini.

Mais berkata pihaknya berterima kasih kepada pembayar fidyah yang sumbangan mereka disampaikan kepada golongan memerlukan.

 


Pengarang :