Reaksi pelajar SMK Jalan Kebun ketika diumumkan johan syarikat terbaik keseluruhan dalam Konvensyen Program Tunas Niaga (PROTUNe) ke-21 anjuran Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) berlangsung di De Palma Hotel, Shah Alam. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI
EXCOSELANGOR

PROTUNe dilaksana secara dalam talian, sasar 1,250 pelajar

SHAH ALAM, 10 JUN: Kerajaan Negeri menyasarkan seramai 1,250 pelajar daripada 50 buah sekolah seluruh Selangor menyertai Program Tunas Niaga (PROTUNe) pada tahun ini.

EXCO pembangunan usahawan berkata walaupun tidak dapat dijalankan secara bersemuka namun program dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) tetap dapat menarik banyak penyertaan.

“Menerusi program itu peserta didedahkan empat modul pembelajaran keusahawanan melibatkan pengurusan pengeluaran, pentadbiran, kewangan dan perniagaan dalam talian.

“Diharapkan mereka dapat memanfaatkan sepenuhnya ilmu diperoleh untuk menjadi usahawan berjaya,” kata Rodziah Ismail pada sesi khas bersama peserta PROTUNe diadakan secara maya hari ini.

Program PROTUNe adalah program keusahawanan yang membabitkan pelajar sekolah menengah di Selangor yang terdiri daripada pelajar tingkatan 1, 2 dan 4.

Program tahunan anjuran Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) bersama Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPNS).


Pengarang :