Keadaan air sungai yang kelihatan berada di paras bahaya dan kerja meninggikan ban dilakukan bagi mengelakkan air sungai melimpah dan mengakibatkan banjir berikutan hujan lebat ketika tinjauan di Pintu Kunci Air Taman Sri Muda Seksyen 25 Shah Alam pada 7 Mac 2022. Foto BERNAMA
AGENDA AGENSI NASIONAL SELANGOR

Enam daerah di Selangor diramal ribut petir, hujan hingga 10 pagi

SHAH ALAM, 8 MAC: Enam daerah di negeri ini dijangka mengalami ribut petir dan hujan lebat sehingga jam 10 pagi ini.

Menerusi Twitter Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan enam daerah berkenaan ialah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Petaling, Kuala Langat dan Sepang.

Keadaan sama juga diramal berlaku di hampir semua kawasan di Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Putrajaya, Melaka dan Labuan.

Manakala di Kedah meliputi Langkawi, Perak (Manjung, Bagan Datuk dan Hilir Perak); Kelantan (Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Tanah Merah, Bachok, Machang dan Pasir Puteh), Terengganu (Besut dan Setiu), Negeri Sembilan (Seremban, Port Dickson dan Rembau) serta Johor (Tangkak).

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” menurut jabatan itu.


Pengarang :