Cuaca hujan lebat di sekitar ibu kota Kuala Lumpur pada 18 Julai 2020. Foto: BERNAMA
AGENDAAGENSINASIONALSELANGOR

Lima daerah di Selangor diramal ribut petir, hujan hingga 11 pagi

SHAH ALAM, 8 JUN: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di Selangor dan Kuala Lumpur sehingga 11 pagi ini.

Agensi itu menerusi Twitter memaklumkan keadaan tersebut diramalkan di negeri ini melibatkan daerah Kuala Selangor, Klang, Gombak, Petaling dan Hulu Langat.

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my , media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :