EXCO Hal Ehwal Pengguna dan Industri Halal, Mohd Zawawi Ahmad Mughni ketika diwawancara Media Selangor di Bangunan Pentadbiran Kerajaan Negeri (SUK), Shah Alam pada 28 Februari 2022. Foto REMY ARIFIN /SELANGORKINI
EXCOSELANGOR

Sedia garis panduan pastikan operasi maahad tahfiz selamat

SHAH ALAM, 18 JULAI: Kerajaan Negeri menerusi Jabatan Agama Islam Selangor tekad memastikan maahad tahfiz dan rumah perlindungan persendirian beroperasi dengan selamat mengikut peraturan.

EXCO Agama Islam Mohd Zawawi Ahmad Mughni berkata draf garis panduan pemutihan disediakan bagi memastikan setiap pembangunan dan aktiviti kedua-dua pusat itu berpandukan terma dan syarat.

“Kerajaan Negeri amat prihatin terhadap usaha-usaha mereka yang membangunkan maahad tahfiz dan rumah perlindungan di negeri ini.

“Oleh itu, Kerajaan Negeri membuat satu draf garis panduan pemutihan bagi membawa mereka yang terlibat ini dapat menjalankan aktiviti berpandukan terma dan syarat yang akan ditetapkan,” tulisnya di Facebook hari ini.

Terdahulu beliau mempengerusikan Mesyuarat Pemutihan Maahad Tahfiz dan Rumah Perlindungan bersama Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (Plan Malaysia) Selangor di sini.

Sebelum ini, Zawawi dilaporkan berkata terdapat lebih 400 maahad tahfiz berdaftar dan kebanyakannya adalah pendaftaran sementara kerana tidak memenuhi beberapa syarat berkenaan tanah dan syarat pihak berkuasa tempatan.


Pengarang :