Ketua Tanggungjawab Sosial Korporat Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI Ahmad Azri Zainal Nor menyerahkan sumbangan kepada Pengarah Pendidikan Negeri Selangor Rohayati Abd Hamed (belakng, kiri) ketika majlis perasmian penutupan showcase pendidikan prasekolah peringkat negeri di Dataran Klang Parade, Klang pada 14 September 2022. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

MBI peruntuk RM10,000, jaya program prasekolah dengan pendidikan negeri

KLANG, 14 SEPT: Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI memperuntuk RM10,000 sempena pertunjukan pendidikan prasekolah anjuran Jabatan Pendidikan negeri.

Ketua Tanggungjawab Sosial Korporat MBI Ahmad Azri Zainal Nor berkata peruntukan itu diberikan dalam bentuk peralatan tulis dan buku nota yang diagihkan kepada kanak-kanak prasekolah itu.

“Ini merupakan kerjasama yang pertama dalam bentuk bantuan, namun sebelum ini Jabatan Pendidikan Selangor pernah membantu dalam Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS).

“MBI tidak menolak akan ada lagi kerjasama selepas ini dalam program pendidikan,” katanya ketika ditemui selepas menyerahkan bantuan tersebut di Klang Parade, hari ini.

Tambah Ahmad Azri, MBI memperuntuk lebih RM8 juta untuk pendidikan termasuk PTRS.

“Paling besar dalam bidang pendidikan ialah PTRS iaitu RM7 juta manakala RM1 juta untuk bantuan infrastruktur dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah.

“Ini tidak termasuk program lain seperti pemerkasaan pendidikan atau e-tuisyen,” katanya.


Pengarang :