Petugas membuat persiapan sebelum memulakan jualan sempena program Jelajah Ehsan Rakyat DUN Jeram di Dewan Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) Desa Coalfields, Kuala Selangor. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Flat Taman Kosas, Greenwood antara sembilan lokasi jualan murah esok

SHAH ALAM, 5 NOV: Inisiatif jualan murah barangan asas anjuran Kerajaan Negeri diteruskan ke sembilan lokasi esok, mulai 10 pagi hingga 1 tengah hari.

Jelajah Ehsan Rakyat bertempat di Jalan TPK 2/1 Taman Perindustrian Kinrara, Puchong (DUN Kinrara), Kampung Selayang Pandang (DUN Taman Templer), Jalan Pekan Batu 14 (DUN Dusun Tua), Taman Jasa Utama (DUN Sungai Tua) dan pekarangan Masjid Kampung Idaman (DUN Pelabuhan Klang).

Jualan murah turut diadakan di tapak pasar malam Greenwood (DUN Gombak Setia), Residensi Bistaria Taman Ukay Bistari (DUN Hulu Kelang), Balai Raya MPKK Kampung Hulu Teris (DUN Tanjung Sepat) dan  tempat letak kereta kawasan Flat Taman Kosas (Parlimen Ampang).

Menerusi jualan murah tersebut, ayam standard dijual pada harga RM10 seekor, daging pejal segar (RM10 per pek) dan telur (RM10 sepapan).

Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) turut menawarkan ikan kembung atau selayang pada harga RM6 setiap pek, minyak masak 5kg (RM25) dan beras 5kg (RM10).

Kerajaan Negeri memperuntuk RM10 juta untuk menjayakan jualan murah di seluruh 56 Dewan Undangan Negeri (DUN) mulai 6 September hingga 6 Disember ini melibatkan 160 lokasi.

Maklumat lokasi Jelajah Ehsan Rakyat juga boleh diperoleh dengan melayari pautan https://linktr.ee/myPKPS

 


Pengarang :