Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Amirudin Shari (dua, kiri) menyerahkan cek cura Program Dana Bantuan Guaman Selangor (DBGS) kepada wakil Majlis Peguam Malaysia di Jelajah Selangor Penyayang daerah Petaling di Laman MBPJ, Petaling Jaya pada 24 Julai 2022. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDANASIONALSELANGOR

Skim guaman percuma untuk wanita diperluas ke kes syariah

SHAH ALAM, 25 NOV: Skim bantuan guaman percuma untuk wanita tertindas yang diperkenal Kerajaan Negeri tahun ini bakal diperluas kepada kes syariah, umum Dato’ Menteri Besar.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata inisiatif menerusi Dana Bantuan Guaman Syariah membantu menyelesaikan isu kekeluargaan dan keganasan domestik.

“Ini juga merupakan sebahagian usaha Kerajaan Negeri membantu golongan wanita ditindas berkaitan keganasan dan perkahwinan.

“Kerajaan Negeri memperuntuk RM2 juta bagi menjayakan program ini serta Dana Bantuan Guaman Selangor yang ditawarkan sejak Oktober lalu,” katanya dalam pembentangan Belanjawan 2023 hari ini.

Selangor muncul negeri pertama menyediakan bantuan guaman percuma kepada rakyat berpendapatan rendah dengan peruntukan berjumlah RM1 juta.

EXCO Kebajikan Masyarakat V Ganabatirau berkata skim bagi menyelesaikan isu kekeluargaan (sivil), pekerjaan serta kes kepentingan awam bagi memastikan masyarakat tidak ditindas dan terpinggir.


Pengarang :