EXCO Kebajikan Anfaal Saari menyampaikan hadiah utama persembahan kostum animasi terbaik kepada adik Mohammad Syer Aziz Hakim Mohammad Arif ketika Sambutan Hari Cerebral Palsy (CP) Sedunia 2023 anjuran Gabungan Anak-anak Palsi Serebrum (GAPS) di The Barn, Tamarind Square, Cyberjaya, Sepang pada 7 Oktober 2023. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
EXCOSELANGOR

Laksana kursus untuk ibu bapa, kawal penggunaan gajet anak-anak

SHAH ALAM, 5 JAN: Hampir 200 penerima Skim Bantuan Asuhan Anakku Pintar dan Skim Bantuan Tadika Selangor akan menjalani kursus pengendalian digital dalam mendidik anak-anak.

EXCO pemberdayaan wanita dan keluarga berkata program dengan kerjasama Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) bagi mengawal ketagihan gajet dalam kalangan kanak-kanak.

“Mengikut perancangan, program berlangsung enam siri (secara berperingkat di setiap daerah) dan setiap daripadanya melibatkan 30 peserta.

“Pakar LPPKN akan memberi pendedahan penggunaan digital dalam mendidik anak-anak. Ada kanak-kanak ketagih gajet dan kita kongsi cara mengendalikannya,” katanya Anfaal Saari kepada Selangorkini.

Beliau berkata kerangka ekonomi penjagaan juga akan diterbitkan tahun ini bagi memudahkan orang ramai mendapat rujukan, sekali gus mampu memartabatkan hala tuju sektor.

Oktober tahun lalu, Dato’ Menteri Besar menjelaskan Selangor bakal menubuhkan enakmen berhubung sektor berkait penjagaan kanak-kanak, warga emas dan orang kurang upaya (OKU).

Menurut Dato’ Seri Amirudin Shari, langkah itu bagi memperkasa dan melibatkan wanita dalam pembangunan negeri, selain menjadi dasar menyelaras pusat jagaan sedia ada demi keselamatan.

 


Pengarang :