Penjawat awam mendengar ucapan Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari sempena majlis Mahabbah Ramadan Madani bersama penjawat awam di Auditorium Dewan Jubli Perak, Bangunan SSAAS, Shah Alam pada 22 Mac 2024. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONALPILIHAN MINGGUAN

Penjawat awam negeri terima bantuan khas raya sebulan gaji

SHAH ALAM, 22 MAC: Penjawat awam negeri ini akan menerima Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebulan gaji atau minimum RM1,000 sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata Insentif Khas Kita Selangor Aidilfitri 2024 melibatkan implikasi kewangan sebanyak RM45 juta akan disalur pada 8 April.

“Sebulan gaji atau minimum RM1,000 kepada semua penjawat awam negeri yang sedang berkhidmat di SUK (bangunan pentadbiran Kerajaan Negeri).

“Bantuan sama akan dilebarkan penjawat awam kerajaan persekutuan yang berkhidmat bawah SUK,” katanya pada Majlis Mahabbah Ramadan Madani di sini hari ini.

Amirudin berkata insentif elaun sebulan pula diberikan kepada pemimpin masyarakat lantikan negeri antaranya pengerusi dan setiausaha majlis pengurusan komuniti kampung.

Beliau menjelaskan pegawai perhubungan perkampungan serta ketua komuniti India, penyelia Wanita Berdaya Selangor, Penggerak Belia Selangor dan ahli majlis turut menikmatinya.

Sementara itu, beliau mengumumkan penggerak masjid seperti nazir, imam, bilak dan siak serta guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain (Kafa) akan menerima bantuan RM500.

 


Pengarang :