Ahli Dewan Negeri (ADN) Kota Anggerik Najwan Halimi beramah mesra bersama pengunjung yang hadir pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri DUN Kota Anggerik di Dewan Raja Muda Musa, Kompleks Belia dan Kebudayaan pada 21 April 2024. FOTO FITRI HAZIM HAZAM /SELANGORKINI
ADNBERITA UTAMASELANGOR

Rumah Terbuka Aidilfitri DUN Kota Anggerik meriah, 5,000 tetamu hadir

SHAH ALAM, 21 APRIL: Kira-kira 5,000 penduduk hadir memeriahkan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Anggerik di Dewan Raja Muda Musa, Kompleks Belia dan Kebudayaan, hari ini.

Wakil rakyatnya Najwan Halimi berkata majlis dianjurkan bersama Pusat Khidmat DUN Kota Anggerik, Hijrah Selangor, Persatuan Mencegah Dadah (Pemadam) Selangor dan Majlis Sukan Negeri (MSN) Selangor.

“Majlis ini merapatkan silaturahim dan menyatu padukan masyarakat. Pelbagai juadah enak disediakan,” katanya ketika ditemui.

Najwan turut meluang masa beramah mesra dengan tetamu dan mengagih duit raya kepada kanak-kanak.

Kumpulan muzik jalanan Royal Ordnace Unplugged tampil membuat persembahan nyanyian lagu-lagu raya bagi menghiburkan para tetamu.

Turut hadir, Timbalan Speaker DUN Mohd Kamri Kamaruddin, Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (Mais) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dan Ketua Pegawai Eksekutif Hijrah Selangor Dato’ Mearia Hamzah.


Pengarang :