Selangorkini
NASIONAL

Lori minyak terbakar, laluan Slim River-Sungkai ditutup

IPOH, 23 FEB: Laluan arah utara dari Slim River ke Sungkai, ditutup sepenuhnya kepada semua kenderaan, ekoran kebakaran sebuah lori tangki minyak, di Km372 Lebuhraya Utara-Selatan, pagi ini.

​​​​​Sehubungan itu, pengguna lebuh raya yang mahu ke utara dinasihati menggunakan laluan alternatif sebelum tiba ke Slim River.

Jurucakap PLUS ketika dihubungi BERNAMA berkata, kemalangan yang berlaku pada jam 8.50 pagi, kira-kira 50 meter selepas Plaza Tol Slim River, membabitkan dua buah lori.

Katanya, salah sebuah lori terbabit turut melintangi lebuh raya dua lorong itu.

*Sumber: BERNAMA


Pengarang :