NASIONAL

Pengasas Dnars Skincare maut kemalangan di Thailand

SHAH ALAM, 18 MEI: Pengasas produk kecantikan Dnars Skincare, Faziani Rohban Ahmad, 39, meninggal dunia selepas terbabit dalam kemalangan di Pattani, Thailand, hari ini.

Memetik laporan Harian Metro, suaminya, Ahmad Shah Rizal Ibrahim, 42, dilaporkan turut mengalami kecederaan.

Kemalangan berlaku apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Estima yang dinaiki mangsa bertembung dengan lori.

Insiden itu disahkan adik mangsa, Mohd Faizul Rohban, 34, apabila menerima panggilan daripada abang iparnya, 10.30 pagi tadi memaklumkan kakaknya meninggal dunia akibat tersepit.

Difahamkan, mayat Faziani dibawa ke Hospital Pattani, Thailand.

FOTO: FACEBOOK FAZIANI ROHBAN DNARS


Pengarang :