Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengucap selamat menyambut perayaan Ponggal kepada rakyat Malaysia yang merayakannya. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Ponggal ruang fahami budaya berbilang kaum – Azmin

KUALA LUMPUR, 15 JAN: Sambutan perayaan Ponggal memberi peluang kepada rakyat Malaysia yang berbilang kaum untuk memahami dengan lebih dekat keunikan budaya rakan-rakan dan jiran mereka yang menyambut perayaan itu, kata Menteri Hal Ehwal Ekonomi.

Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata sambutan pesta berkenaan menjadi saksi kepada prinsip bahawa kepelbagaian budaya merupakan satu kekuatan dan keunikan bangsa Malaysia.

“HAri ini masyarakat India di Malaysia meraikan Pesta Ponggal empat hari berturut-turut pada bulan Thai mengikut kalendar Tamil.

“Pesta ini adalah sambutan tanda berakhirnya musim menuai. Kerencaman budaya adalah kekuatan kita,” katanya dalam kenyataan semalam.

– BERNAMA


Pengarang :