Dato’ Seri Amirudin Shari (dua, kanan) bersama Pengarah PPAS, Mastura Muhamad (kanan) menyertai Jom Baca Untuk 10 Minit ketika Majlis Perasmian Pesta Buku Selangor 2020 di Shah Alam Convention Centre, Shah Alam pada 1 Mac 2020. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDAPILIHAN MINGGUAN

MB: Lebih banyak karya agung diterjemah ke bahasa Melayu

SHAH ALAM, 1 MAC: Penterjemahan buku ke bahasa Melayu diteruskan pada tahun ini dengan diberi peruntukan untuk usaha itu, kata Dato’ Seri Amirudin Shari.

Dato’ Menteri Besar berkata ia sebagai sokongan kepada perkembangan industri buku tempatan.

“Saya percaya ia mampu mengujakan dan meningkatkan kemahuan masyarakat serta komuniti Melayu khususnya untuk membaca karya serta pemikiran besar yang mampu mencorak, mendidik serta membentuk masyarakat bersedia bertarung di peringkat antarabangsa,” katanya pada perasmian Pesta Buku Selangor 2020 di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) hari ini.

Beliau berkata, perkembangan buku audio terutama untuk karya agung dapat membantu rakyat yang kekurangan masa membaca naskah dicetak malah bermanfaat kepada pelajar audio (audio lerner).

Amirudin berkata format ini turut memberi peluang kepada golongan orang kelainan upaya (OKU) penglihatan menambah ilmu pengetahuan.

Katanya, setakat ini sebanyak 27 naskah terjemahan sudah diterbitkan Institut Buku Darul Ehsan (IBDE) dan ia bakal teruskan bagi pembudayaan ilmu.


Pengarang :